Sunday, 13 December 2020

4 SEBAB GHOSTWRITER MENDAPAT PERMINTAAN YANG TINGGI PADA MASA KINI

Bila sebut sahaja mengenai ghostwriter, pasti akan ada yang menyangkakan ghostwriter ini adalah penulis cerita hantu.

Sebenarnya, ghostwriter bukanlah mereka yang menulis cerita hantu, Sebaliknya ia adalah gelaran untuk penulis yang namanya tidak di kreditkan pada penulisan atau artikel tersebut. Senang cerita orang yang menulis di belakang tabir dan pembaca tidak mengenali pun siapakah gerangan penulis tersebut. 

Jadi Ghostwriter Boleh Menjana Pendapatan Ke??




Ada yang pernah tanya dengan Usop " jadi ghoswriter ni boleh menjana pendapatan ke??"
Ghostwriter

Sebenarnya, ramai yang tidak tahu dengan menjadi ghostwriter pun kita tetap boleh menjana pendapatan dan ia boleh menjadi pendapatan tetap kita pada setiap bulan. Malah, ada ghoswriter yang boleh menjana pendapatan yang lumayan dengan hanya menulis dari rumah sahaja. Apa yang lagi best, kebanyakan ghostwriter adalah suri rumah dan anak muda. 

Mungkin ada yang tidak tahu, perkhidmatan ghostwriter ini mendapat permintaan yang sangat tinggi terutama sekali pada waktu PKPB ini. Sebab apa perkhidmatan ghostwriter ini mendapat permintaan yang tinggi?? Ini jawapanya:

1-Tak Perlu Keluarkan Kos Yang Besar


Ini salah satu sebab kenapa ghostwriter ini mendapat permintaan yang tinggi. Mana tidaknya, pihak syarikat tidak perlu mengeluarkan bajet yang besar pada setiap bulan kerana biasanya bayaran perkhidmatan ghostwriter ini di bayar secara one-off. 

Ada juga syarikat yang hire ghostwriter untuk tempoh masa tertentu bedasarkan kontrak yang dipersetujui bersama ghostwriter tersebut. Jadi, customer yang menggunakan perkhidmatan ghostwriter hanya membayar dalam tempoh yang yang telah di persetujui

2- Tak Perlu Menyediakan Ruangan Kerja Dan Peralatan Kerja
Ghostwriter


Bila hire ghostwriter, client tidak perlu susah payah untuk menyediakan ruangan kerja dan peralatan kerja. Ini kerana, ghostwriter biasanya akan menulis di mana-mana sahaja lokasi yang dia mahukan. 

Bukan itu sahaja, ghostwriter juga mempunyai peralatan yang cukup untuk mereka melakukan segala tugasan yang di berikan oleh klien. Ia memudahkan klien yang menjalankan perniagaan dari rumah dan tidak perlu bersusah payah untuk menyediakan semua ini.

3- Tak Perlu Menyediakan Training
Ghostwriter



Biasanya, apabila syarikat hire pekerja baru, mereka perlu menyediakan training untuk pekerja tersebut. Tetapi, jika hire ghostwriter anda tidak perlu susah payah nak menyediakan training atau menghantar mereka pergi training yang harganya kadang-kala boleh mencecah sehingga ribuan ringgit. 

Ghostwriter mempunyai kemahiran yang spesifik. Malah, setiap dari ghoswriter mempunyai niche penulisan yang berbeza. Anda hanya perlu pilih sahaja ghostwriter yang sesuai dan mengikut kriteria yang anda mahukan. JImat masa dan sudah tentu jimat wang anda.

4- Tak Perlu Buat Caruman EPF & Socso
Ghostwriter



Ini adalah sebab kenapa kebanyakan syarikat suka hire ghostwriter. Mereka tidak perlu susah payah untuk membuat bayaran EPF & Socso pada setiap bulan. Ini kerana, kebanyakan ghostwriter telah membuat carumah Kwsp dan Socso mereka sendiri. 

Jadi, ia memudahkan dan mneyenangkan pihak syarikat. Ini kerana, ghostwriter bukanlah pekerja tetap untuk syarikat tersebut dan hanya bekerja mengikut projek atau tugasan yang di berikan sahaja. Ia sudah tentulah tidak menjadi tanggungjawab syarikat tersebut untuk menguruskan caruman Kwsp & Socso.

Ghostwriter Sentiasa Menjadi Pilihan Utama Kebanyakan Syarikat Di Negara Kita
Ghostwriter

Kesimpulanya, ghostwriter sentiasa mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan syarikat di negara kita. Tidak hairanlah, servis ghostwriter ini ibarat seperti "goreng pisang panas" dan ghostwriter sentiasa sahaja tidak memang tangan dalam mendapat job penulisan.

Dengan sebab yang saya sebutkan di atas tadi, tidak hairanlah jika saya katakan ghostwriter ini boleh menjana pendapatan yang lumayan







22 comments:

Tekkaus said...

Ya ghost writer kini memang mendapat banyak permintaan kerana lebih affordable untuk mengupah khimat ghostwriter kan. Kita juga perlu ambil peluang unuk venture menjadi ghost writer.

edahyukarim said...

Macam win-win situation kan? Syarikat dapat saving, writer pulak bebas nak menulis..part timer pun boleh ye ☺️

Farhana Jafri said...

dah nampak makin ramai yang buka vacancy untuk ghost writer. Dulu ada jugak simpan niat nak jadi gw tapi tak sempat la pulak sebab busy dengan kerja

Yusuf Ahmad said...

@Farhana Jafri yup sekarang dah semakin ramai yang tawarkan job penulisan

Kak Fas said...

Ghostwriter memang satu prluang yg baik jana pendapatan tambahan cuma prrlu kreatif dan rajin menulis sahaja apatah lagi jika subjek penulisan itu kena dengan jiwa... tapi blm prrnah jd ghostwriter jadi real writer je haha

Sis Lin said...

Betul.. pernah jadi ghost writer untuk majalah hospital awal tahun lepas untuk 5x posting, alhamdulilah tawaran yang di tawarkan snagat lumayan.. next harap ada lagi laa dapat tawaran sedemikian.. kalau rezekikan mana-mana pun ada...

Rawlins GLAM said...

Dalam keadaan genting seperti sekarang, it is a great choice to start considering becoming a ghostwriter. Agak2 Rawlins boleh jadi GW gak ke?

Wai Yee aka Rane said...

thanks for nice tips. like the it does not need to pay EPF & Socso and earn 100% into our pocket!

Nadia Johari said...

Siapa yang minat jadi ghostwriter baik buat ni. Bayaran pun lumayan.. Tapi kene buat betul2.. Sekrg memg ramai org hire ghostwriter

Ummi Nadrah said...

Jadi ghostwriter ni memang boleh buat duit. Bagi yang berbakat menulis dan ada banyak masa, boleh cuba ni.

Bonde Zaidalifah said...

Sangat berminat nak jadi ghostwriter ni dah lama, tapi persedian tu kena betul-betul focus.. InsyaAllah satu hari nnt sy akan menceburkan diri ke bidang ghostwriter pulak

saidila said...

saya pun percaya kerjaya jadi ghost writer boleh jana pendapatan yang lumayan tapi itulah rasa tak yakin pun boleh buat ...tapi cukup kagum dengan kawan2 yang jadi ghost writer....all the best semua

Kitkat Nelfei said...

Menarik juga ni for those yang venture into the Ghostwritter as their career.. Kena banyak study about this la since they normally get good pay.!

AyuArjuna BiGoshh said...

Best jadi ghost wruter ni sebab betul2 boleh buat duit. Kiranya mcm duit bunian juga ni

Mohaz Sue said...

Saya pun dah jadi ghostwriter. Cuma belum dapat buat sepenuh masa sebab agak sibuk dengan urusan kerja yang lain.

precious cla said...

Saya pun suka jadi ghostwriter walaupun kadang payment tak berapa nak tinggi tapu, musim Pandemik ni..okay la, terima saja demi kelangsungan hidup

atiehilmi.com said...

wah !! bestnya jadi Ghost Writer !! macamana kalau atie nak try jadi Ghost Writer ya ? hee~ adakah kena masuk kelas dulu atau terus cari client je ?

nikkhazami said...

bagus juga hire ghost writer. tak semua dilahirkan pandai menulis. biar yg pakar buat kerja supaya tulisan sedap dibaca

Huda Halid said...

Yup memang ghost writer ni boleh buat duit dengan masyuk sekali. huda pun dah mula berkecimpung dalam dunia ghost writer. memang tak menang tangan nak handle job penulisan

marsha said...

Teringin nak ceburi bidang ghostwriter ni. Tapi kena belajar lebih mendalam lagi

Shahada Fauzi said...

pernah jadi ghostwriter dan sekarang nak cuba mula semula untuk buat kerja ghostwriter..

Tengkubutang said...

Teringin juga nak cuba jadi ghostwriter tapi belum bersedia memandangkan komitmen yang ada pun macam tak terkejar.. Tunggu lah anak besar sikit kot.. Boleh la nak terjun ke bidang ni pulak.. Eh... Alasan je tu kan.. Haha