Ads Here

Monday, 12 October 2020

5 Tempat Percutian Menarik Di Selangor


Apabila masuk sahaja bulan Oktober, ini bermakna kita sudah hampir sampai ke penghujung tahun. Apabila sudah masuk penghujung tahun ini bermakna pada waktu ini, pasti antara ita semua sudah mula merancang untuk pergi bercuti bersama keluarga tercinta. Usop yakin anda pasti sudah mempunyai destinasi percutian yang hendak anda pergi. 
Tempat Percutian Menarik


Selangor Juga Mempunyai Pelbagai Destinasi Percutian Yang Menarik

Namun begitu, ada juga yang tidak berkesempatan untuk pergi bercuti bersama keluarga kerana kekangan kesibukkan bekerja. Bagi anda yang duduk di sekitar Kuala Lumpur & Selangor, anda masih boleh membawa keluarga anda pergi bercuti di sekitar Selangor. Selangor juga mempunyai pelbagai destinasi percutian yang sangat menarik. 

Ia sangat sesuai untuk mereka yang tidak mempunyai cuti yang panjang tetapi tetap mahu pergi bercuti sama ada bersama keluarga mereka atau bersama dengan kawan-kawan.
Jom saya kongsikan dengan anda lokasi percutian sekitar negeri Selangor. Antaranya ialah:

1-Pantai Morib
Tempat percutian 1 Pantai Morib

Pantai Morib bukanlah satu perkara yang asing dalam kalangan masyarakat negeri Selangor dan masyarakat negara kita dan merupakan salah satu tempat percutian yang sangat terkenal di Selangor. Pantai Morib adalah salah satu tempat yang menjadi pilihan ramai untuk merehatkan minda selain dapat meluangkan masa bersama keluarga yang tersayang. Selain dari pantainya yang cantik, anda juga boleh melakukan pelbagai aktiviti bersama dengan keluarga dan anak anda. Bukan itu sahaja, di sini juga ada bermacam gerai makan yang boleh anda pilih dan makananya juga sedap-sedap belaka.

2-Sungai Congkak
Tempat percutian 2 Sungai Congkak

Tempat percutian yang seterusnya pula ialah sungai Congkak. Sungai Congkak adalah salah satu tempat yang sangat sesuai untuk mereka mencari ketenangan dan jauh dari kesibukan bandar. Selain dari anda dapat berkelah dan bermandi-manda anda juga dapat menghirup udara yang segar dan kehijauan hutang di sungai Congkak. Bukan itu sahaja, Arus sungai Congkak tidak terlalu deras dan sungainya yang agak cetek sangat sesuai untuk anak anda bermandi-manda serta bersuka ria.

3-Bukit Broga
Tempat percutian 3 Bukit Broga

Bagi anda yang minat mendaki, buki Broga adalah salah satu tempat percutian yang terbaik dan tempat yang tepat untuk para pendaki. Bukit Broga adalah salah satu tepat pendakian yang sangat terkenal sama ada dari dalam atau di luar negeri selangor. Malah, bukit Broga turut menjadi tumpuan pada hujung minggu untuk mendaki sambil menghirup udara yang segar dan menghayati kehijauan flora dan fauna yang terdapat di sekeliling bukit Broga.

4-Skytrex Shah Alam
Tempat percutian 4 Skytrex Shah Alam

Anda sukakan sesuatu yang mampu mencabar adrenalin anda? Anda patut menjadikan Skytrex Shah Alam sebagai salah satu tempat percutian anda di negeri Selangor. Di Skytrex Shah Alam ada bermacam aktiviti yang boleh anda cuba dan yang pasti ke semua aktiviti ini sangat mencabar diri anda dan dekat sinilah anda dapat menguji sama ada seorang yang benar-benar kental ataupun tidak.

5-Zoo Negara
Tempat percutian 5 Zoo Negara

Tempat percutian yang seterusnya ini adalah tempat percutian yang sangatt terkenal dalam masyarakat kita. Malah ia menjadi tempat tumpuan pelancong sama ada dari dalam mahupun dari luar negara. Di sinilah, tempat yang sesuai untuk anda membawa anak anda bercuti sambil mereka dapat mengenali serta mempelajari pelbagai jenis haiwan yang terdapat di negara kita termasuklah haiwan yang telah pupus atau hampir pupus.



21 comments:

Bonde Zaidalifah said...

semua tempat dah pergi kecuali bukit broga, dulu time aktif hiking x sempat pergi, jadi tunggulah kesihatan kaki dan lutut ok baru pergi...

shamiera osment said...

Broga je x pernah pergi lagi.. kalau ada geng boleh la ke sana nanti..hehe

Fiza Aizzawa said...

bukit broga kita tak pernah pergi lagi

Red Linda said...

Tahun ni belum berkesempatan nak jejak kaki ke zoo..

Memang selalunya setiap tahun mesti bawak anak-anak ke zoo. selain dari jenjalan dalam Mall..

shima jelani said...

Bukit Broga dan Skytrex Shah Alam je yang belum pernah pergi lagi.

Qeela said...

Indeed banyak tempat-tempat menarik yg boleh dikunjungi dan dalam list ni menarik semuanya! Sungai Congkak tu belum sampai lagi rasanya, dah lama juga tak jalan2 Selangor. Nanti dh tak pkp bolehla try pergi mana yg tak pergi lagi 😊

Rawlins GLAM said...

Dari 5 tu ada satu yang Rawlins tak pernah sampai lagi. Dan ianya zoo negara hahaha. Teruk betul kan? Selalu lalu je depan zoo tapi takde perasaan nak singgah

Cik Min said...

Ye betul..nak gi tempat menarik tak yah jauh2, kat selangor pun banyak tempat-tempat menarik. Hehe tambahan zaman covid 19 no, nak jalan jauh2 takut haha

Sis Lin said...

Pantai Morib dan Zoo aje yang pernah pergi, lain belum sampai. Teringin gak nak mandi sungai di Sungai Congkak tu, ramai kawan pergi siap piknik lagi...

Decamellia said...

Banyak2 tempat yg usop list tu, Sungai Congkak yang Nur belum pernah dengar. Boleh try pergi sana nanti

Fadima Mooneira said...

Yep, true......Selangor has interesting hotspots to visit. But sadly, Selangor is not in a good shape now. Insya’Allah when all of these are over Boley lah visit hotspots nie ya. Thank you for sharing.

Tiara Sapphire said...

banyak sebenarnya tempat menarik dalam negara. waktu pandemik macam ni lah nak explore negara sendiri :)

LampuHijau said...

InsyaAllah, kalau tak ada kekangan LH nak jelajah Malaysia. Harapnya covid ni cepat-cepatlah pergi.

Ummi said...

Yay, semua dah pegi. Broga pun dah 3 kali walaupun tak suka hiking 😁

Kitkat Nelfei said...

Yeahh suka tempat2 yang bro highlighted.. Semua dah pergi in the recent year kecuali Zoo Negara.. Sampai skrg tak kesampaian lagi nak ke sana... Last pergi pun masa i sekolah menengah kot.. Sedekad lalu?

Cik Fafa said...

Sungai Congkak, Broga, Pantai Morib je tak pernah pergi lagi. Bukit gunung jauh jauh da terjah, broga yan sejengkal pon xpernah pegi heheheh.

Wawa Ashihara said...

Banyak tempat menarik dekat selangor kan.. Tapi banyak lagi tempat yg kita tak pernah dtg terutama yg ada dlm list entry ni. Hehe.. Kadang nak pergi asik tak sempat je..

Zaza Azman said...

rindunya nak naik bukit broga.. dah lama tak hiking.. kena cari balik la stamina.. jadi ceritanya kita pegi yang bawah2 je la.. zoo negara pun ok nih

Mahamahu said...

Pantai Morib dah makin cantik sekarang yer lama tak pergi sana dulu pergi zaman oreantasi hehehehe wakakakaka Tempat yang biasa pergi Zoo Negara dan Skytrex Shah Alam menarik ni..

Abam Kie said...

zaman dulu2 gi dating dgn gf di pantai Morib tu la. hajat sy nak pi Sekinchan n Kuala Selangor sbb hasil laut di situ murah gilerr!

JiwaSihat said...

tak pernah sampai lagi skytrex tu. tapi sekarang kena PKPB pulak.. tengok dalam blog jela