Ads Here

Friday, 28 February 2020

5 DESTINASI YANG MENARIK DI NEGERI PAHANG YANG JAUH DARI KESIBUKKAN KOTA





Tahun 2020 merupakan tahun yang amat penting dalam kalendar pelancongan negara kita. Mana tidaknya, tahun 2020 merupakan tahun melawat Malaysia. sudah pastinya negara kita bakal di lawati oleh pelancong dari seluruh dunia.

Pelancong Luar Negara Akan Menjadikan Negara Kita Sebagai Salah Satu Destinasi Yang Wajib Dikunjungi....

Negara kita juga tidak kurang hebatnya dari segi pelancongan. Banyak tempat-tempat yang menarik yang pastinya akan membuatkan para pelancong merasa teruja dan ingin menjadikan negara kita sebagai salah satu  destinasi yang wajib dikunjungi oleh mereka. Banyak sebenarnya destinasi menarik yang patut di kunjungi oleh para pelancong. Antaranya negeri Pahang. 


Pahang bukan sahaja terkenal dengan pulau dia yang cantik tetapi Pahang juga sangat terkenal dengan pelancongan yang berlatar belakangkan eco tourism. Ramai yang memilih untuk bercuti di sini untuk merehatkan minda dan jauh dari kesibukkan bandar. Untuk itu saya kongsikan dengan anda 5 DESTINASI YANG MENARIK DI NEGERI PAHANG YANG JAUH DARI KESIBUKKAN  KOTA.


1-Casabrina Vacation Villas Raub, Pahang




Bagi yang meminati alam keindahan semula jadi dan mahukan suasana yang tenang serta jauh dari kesibukkan kota, Casabrina Vacation Villas Raub, Pahang adalah pilihan yang terbaik. Casabrina Vacation Villas Raub bukanlah sebuah villa biasa tetapi ia merupakan sebuah villa yang bertaraf 6 bintang dan di kelilingi oleh alam semula jadi.




Siapa yang menginap di sini pasti akan terpukau bukan sahaja dengan kecantikkan dekorasi villa tersebut tetapi juga akan terpukau dengan kecantikkan alam semula jadi yang berada pada sekeliling rumah penginapan ini.




Rumah penginapan ini menjadi pilihan yang utama oleh para pelancong sama ada dalam dan luar negara. Salah satu sebab kenapa rumah penginapan ini menjadi tumpuan adalah kerana suasana yang sangat nyaman dan jauh dari kesibukkan kota.


Alamat: Lot 1460, Jalan Tras, Mukim Tras, 27600 Raub, Pahang


Telefon: +6016-980 3222


Facebook: Casabrina Vacation Villas



2-Le’ Manah Retreat, Pahang

Sumber:Le’ Manah Retreat
Mungkin ada di antara anda yang mahukan kelainan dalam percutian anda. Mungkin anda ada merancang untuk bercuti ke eropah tapi terpaksa di tangguhkan kerana kekangan bajet. Sebenarnya, untuk merasai percutian ala-ala eropah anda tidak perlu pergi jauh pun malah anda tidak perlu keluarkan bajet yang banyak pun.



Le’ Manah Retreat yang terletak di janda baik Pahang, pastinya akan membuatkan anda seperti sedang berada di perkampungan di negara Eropah. Ini kerana,Le’ Manah Retreat merupakan sebuah rumah banglo ala-ala eropah yang penginapan sangat selesa dan sangat sesuai untuk mereka yang datang dalam kumpulan yang kecil atau ahli keluarga yang besar. Apa yang lebih best, di sini juga anda boleh acces ke kolam pancing yang di sediakan. sudah pastinya akan memberi peluang kepada kaki pancing untuk mancing di sini.


Alamat: Lorong Belia 1, Kg Chemperoh, Janda Baik, 28750, Pahang

Telefon: Isnin – Jumaat (10.00 am – 6.00 pm) – +6019 321 8877 (Whatsapp)

Facebook: Le’ Manah Retreat, Janda Baik

Laman Web: le-manah-retreat.com



3-JAPAMALA RESORT,PAHANG

Terletak dalam lokasi yang tersembunyi jauh dari kesibukkan kota, Japamala Resort merupakan resort yang sangat ideal buat mereka yang ingin merehatkan minda dan jauh dari kesibukkan kota. 



Setelah penat bekerja, sudah pasti anda mahukan percutian yang menarik untuk anda merehatkan badan dan minda. Dengan di kelilingi oleh kehijauan alam semula jadi, sudah pastinya resort ini akan menjadi tumpuan oleh pencinta alam semula jadi. 

Selain dari menikmati alam semula jadi yang cantik, anda juga boleh melakukan pelabagai aktiviti yang menarik sepertiskuba, menikmati rawatan spa, bermandi-manda di kolam renang dan sebagainya. 


Bukan itu sahaja, anda juga boleh menikmati panorama indah matahari terbenam dan pada waktu malam, dari resort ini anda sekeluarga dapat melihat keindahan ribuan bintang yang berkerdipan di langit yang sudah pastinya akan memukau mata anda dan keluarga.


Alamat: Kampung Lanting,26800 Pulau Tioman,Pahang Darul Makmur,
Telefon: +609 419 7777 / +609 419 7120
Laman Web: japamalaresorts.com

4-The Waterway Villa, Pahang


Bagi yang menggemari aktiviti lasak, The Waterway Villa adalah salah satu rumah penginapan yang patut anda pilih. Dikelilingi oleh kehijauan bukit-bukau hutan hujan Bentong, The Waterway Villa menawarkan sebuah penginapan yang penuh privasi dan dekat dengan alam semula jadi. Sangat sesuai untuk mereka yang mahu merehatkan minda setelah penat bekerja dan ingin lari dari kesibukkan kota.


Bukan itu sahaja, para penginap juga boleh mencuba pelbagai aktiviti lasak di sini. Antaranya ialah river tubing, jungle trekking, bermandi-manda sambil berseronok dengan gelongsor air, menaiki ATV, paintball, memanah, karaoke dan bermacam-macam lagi yang pastinya tidak akan membuatkan anda merasa bosan bila menginap di sini.



Apa yang paling best, jika anda datang pada musim buah terutama musim durian, anda boleh menikmati buah durian terutama setelah penat melakukan aktiviti. Dari segi bilik pula, ada beberapa bilik yang di tawarkan antaranya Family Suite di Stone Villa yang dapat memuatkan dari 8–12 orang penginap. Lengkap dengan ruang santai yang dikelilingi oleh taman hijau. Amat sesuai untuk mereka yang datang dengan keluarga yang besar atau dalam kumpulan besar.

Alamat: PT 21564, Batu 7, Jalan Kuala Lumpur Lama, Bentong Pahang Bentong Pahang, 28750
Telefon: +6012 722 6711
Facebook: The Waterway Villa

5-Chengal Hill Retreat, Pahang

Bagi anda yang sukakan kelainan dan mahu menginap dalam rumah penginapan yang berbeza, apa kata anda cuba menginap di Chengal Hill Retreat. Di sini anda akan menginap di sebuah rumah yang comel dan reka bentuknya yang sangat menarik dipandang. 

Sekali di pandang rumah kecil daripada kayu yang bercat coklat dan hitam ini kelihatan seakan-akan rumah pondok di atas pokok yang comel. Sudah pastinya ia akan membuatkan anda merasa teruja untuk menginap di rumah kecil ini. 

Rumah ini bukan sahaja, dikelilingi oleh hutan serta alam semula jadi, malah anda turut boleh menikmati udara yang sejuk dan segar. Ia sememangnya satu pilihan yang terbaik buat anda untuk merehatkan minda di sini.
Selain dari menghirup udara yang segar anda juga boleh mencuba pelbagi aktiviti yang menarik terdapat di sin. Antaranya, berseronok di kawasan sungai, berbbq, berbasikal, menaiki 4×4, berjungle trekking dan memanah.

Alamat: Lot 8537 Kuala Lurah, Kampong Janda Baik, Pahang
Telefon: +6017 201 5118
Pahang Sememngnya Menjadi Tumpuan Untuk Mereka Yang Mahu Bercuti Sambil Menikmati Keindahan Alam Semula Jadi....

Tidak hairanlah jika kita lihat kenapa ramai yang memilih untuk bercuti di negeri Pahang. Selain kaya dengan alam semula jadi, ia juga dapat memberi peluang kepada kita untuk mendekatkan diri dengan alam semula jadi dan mewujudkan rasa cinta terhadap alam semula jadi. Jadi, ini adalah peluang terbaik untuk kita merehatkan minda dan dan dapat mengosongkan minda kita dari fikir mengenai kesibukkan di bandar.

16 comments:

ina said...

syok abis kalo dapat bercuti di pahang. Best lahh.. walau saya orang pahang,tak semua tempat atas tu pernah pergi

ray said...

Need vacation asap

sHaRiNa said...

sha xpernah lg pergi pahang, insyallah ada rezeki nnt boleh lah singgah sna

Sis Lin said...

Habis aja PKPB nanti dan reda wabal Covid19, nak bercuti jelajah semuanya tu.. memang dalam list punn..cuma buat masa ni, kita rehat-rehat stay at home aje laa dulu kann..

Aerill Hassan said...

menariknya. tak pernah lagi saya bercuti ke pahang. In shaa Allah ada rezeki nanti bolehlah. :)

AyuArjuna BiGoshh said...

Cantek2 resort kat sini. Suka tengok.. lari dr keaibukan bandar

saidila said...

adoi nampak gaya sekarang kena gigit jarilah jawabnya tengok semua tempat cadangan nih ...paling nak pergi kat Chegak Retreat tu haaa , nampak unik dan menarik sangat , nak tunggu covid habis pun tah bila tapi ni Selangor dah kena PKPB pulak ...huhuhuhu

Kitkat Nelfei said...

Seriously cantik bethol staycation kat Pahang.. Bethol2 unknown paradise to us bah... Nak save semua tempat ni untuk future reference la..

Ummi said...

Too bad 2020 doesn't see too many foreign tourists. Tp takpe la, at least pelancong tempatan boleh ambik kesempatan ni utk explore dlm negara sendiri. Thanks for sharing this list.

Hayati Suki said...

Banyaknye tempat cuti2 malaysia yg menarik kat pahang. View pun cantik2. Selalu pergi pahang mesti kat bando2 je. Yg jauh dr bando, xpernah sampai. Kena cuba la juga nt..

Nina Mirza said...

Aduh... Tengok sana sini rasa nak nangis sebab kita stuck PKPB. Huhuuu...
Pahang juga antara Negeri pilihan kita bawak family bercuti.
Thanks sharing nanti nak terjah Pahang!

shamiera osment said...

Waterway Villa dekat dengan rumah, nanti nak ushar la harga. Bawak anak2 pon seronok situ.

Nadia Johari said...

Banyak tempat menarik dekat pahang.. Bestnyabtengok semua tempat tu.. Lagi menarik yang ada swimming pool.. Hehehe.. Harap berkuranga cpvid ni

Yusuf Ahmad said...

@Nadia Johari kannn saya pun teringin nak gi sini tapi sebab covid terpaksa batalkan

MAMA DEEJA said...

Subhanallah the nature soo beautiful. Sesuai sgt nk relax2 release tensionnn wahhh. Wanna go there one day inshaaAllah.

MAMA DEEJA said...

SubhanaAllah the nature so beautiful. Wanna go the one day InshaaAllah👍👍👍